Assalamualaikum...
Pada Minggu ke-2 ini, kami telah didedahkan dengan pengenalan tentang penyediaan batas tanaman sayur daun. Setiap pelajar akan diberikan 1 lot tanah untuk membuat batas yang berukukaran '10x5' kaki dan akan memulakan tugasan penanaman yang akan diberikan oleh tenaga pengajar setiap minggu.
Langkah 1 adalah memilih tapak tanaman yang sesuai seperti kawasan lapang, rata, tanah gambut, berdekatkatan dengan sumber air dan terdedah kepada cahaya matahari.
|
Kawan-kawan kelas sedang saling tolong menolong dalam membuat ukuran untuk dibahagikan kepada 19 batas. |
Langkah ke-2 membersihkan tapak tanah. Tapak tanah yang dikenalpasti untuk penanaman akan dibersihkan dengan cara:
- Mencangkul
- Membersihkan tapak batas tanaman untuk memastikan tanah batas bersih dari tanah yang berbatu dengan mengunakan cangkul.
- Merumput
- Membersihkan rumput yang tumbuh diatas tapak tanah
- Membuang akar
|
Membersihkan kawasan tapak batas dan membuang tanah yang berbatu. |
Langkah ke-3, mengembur tanah. Kawasan tapak tanah tanaman perlulah digembur selepas pembersihan dilakukan. Tanah digemburkan dengan mengunakan cangkul untuk memastikan tiada lebihan tanah yang berbatu.
Langkah ke-4, membuat batas. Setelah proses mengembur selesai, proses pembinaan batas akan dilakukan dan dipagarkan mengikut ukuran yang telah diberi.
|
Syawal sedang memotong kayu yang berlebihan dari ukuran untuk membuat pagar bagi setiap batas. |
|
Selepas proses memotong,proses mengecat pula bagi setiap kayu supaya kayu tahan lama. |
|
Mengeringkan kayu yang dicat |
|
Proses memaku setiap papan untuk dijadikan pagar batas. |
|
Siap dipasangkan pagar kayu. |
|
Batas siap dipagar dan digemburkan untuk kali ke-2. |