Assalamualaikum
Pada minggu ini kami diterangkan oleh Puan Salina berkaitan baja organik pada batas dan cara penanaman biji benih dengan betul.Kebanyakan baja organik bertindak sebagai penyubur tanah dimana mereka memberi makanan kepada tanah dan tumbuhan.Baja organik yang terlarut mengandungi garam mineral yang membantu akar untuk menyerap dengan cepat.Secara ringkasnya,baja organik bukan sahaja membekalkan nutrien untuk tumbuhan,ia juga memberi kebaikan yang banyak kepada tanah.Semakin lama pembajaan organik dibuat,semakin bertambah kesuburan tanah.Baja organik dapat meningkatkan aktiviti biologi dalam tanah,menjadikan tanah'hidup' dan 'kuat'.Bakteria baik dapat hidup gembira dalam tanah dan berterusan menyediakan nutrien yang diperlukan oleh pokok.
Baja yang kami gunakan adalah baja NPK:
- Natrium : unsur ini berfungsi untuk pembesaran daun dan berguna untuk pembesaran tumbuhan.
- Phosporus : unsur ini penting untuk pembesaran dan perkembangan akar yang sihat untuk mendapatkan nutrien penting
- Kalium : unsur ini sangat penting dalam tumbesaran pokok termasuk bunga dan buah
Satu pot besar baja diperlukan dan perlu dituang sama rata di atas batas masing-masing.Baja tersebut perlu diratakan dan digemburkan supaya baja dapat merasapi ke dalam tanah dengan baik
|
Baja Organik |
|
Pengemburan tanah sedang dilakukan selepas proses peletakkan baja organik
|
Selepas membuat pengemburan tanah yang telah ditabur baja,kami perlu datang untuk hari semaian biji benih.Proses meracun dan semaian tidak boleh dilakukan pada hari yang sama kerana racun merupakan bahan yang panas dan boleh merosakkan biji benih.
Proses penanaman biji benih,permukaan tanah setiap batas perlu diratakan terlebih dahulu.selepas itu buat 4 jalur di atas tanah tersebut untuk menanam biji benih dengan kedalaman yang bersesuaian agar biji benih mudah keluarkan tunas.Jalur alur mestilah tidak terlalu rapat untuk mengelakkan persaingan diantra biji benih.
|
penjalur batas sedang dialankan |
|
Batas telah dilakukan penjaluran dan perlu melakukan semaian biji benih. |
Pn salina telah membuat demostrasi cara penanaman biji benih secara alur.Terdapat 4 alur untuk setiap batas 2 daripada ialah sawi dan 2 daripadanya bayam.
|
Pn salina sedang memberi penerangan tentang semaian biji benih dan 4 penjaluran perlu dilakukan di setiap batas
|
Pada hari semaian biji benih ketua kelas kami iaitu afham memberikan penerangan tentang semaian biji benih sayur yang akan kami tanam dibatas masing-masing.
|
afham sedang memberi penerangan biji benih sayur yang akan kami tanam di batas masing-masing |
|
jenis biji benih sayur yang akan kami tanam |
Selepas itu,penjarangan biji benih perlu dilakukan dengan
cara mencampurkan biji benih bersama pasir putih dengan kadar nisbah
1:10.Penjarangan biji benih ini penting supaya biji benih tidak tumbuh terlalu
rapat dan menyebabkan persaingan antara sayur dan menyebabkan sayur terbantut
selepas biji benih dicampurkan bersama pasir biji benih
ditabur di setiap alur yang telah dibuat.Pastikan alur yang dibuat tidak
terlalu dalam supaya biji benih lebih mudah untuk tumbuh dan mendapatkan cahaya
matahari
|
afiqah meletakan biji benih sayur diatas alur yang telah disediakan di atas batas. |
Selepas semaian biji benih,sungkupan perlu dilakukan untuk menjaga biji benih yang baru disemai agar tidak rosak.
|
melakukan sungkupan agar biji benih yang baru disemai terjaga. |
|
selepas sungkupan penyiraman dilakukan agar biji benih dapat menjalankan proses pertumbuhan dengan subur. |
0 comments:
Post a Comment