Tuesday, March 5, 2019

LAPORAN MINGGU 2 : PENYEDIAAN BATAS TANAMAN (10.02.2019 - 16.02.2019)

Assalamualaikum...


Pada Minggu ke-2 ini, kami telah didedahkan dengan pengenalan tentang penyediaan batas tanaman sayur daun. Setiap pelajar akan diberikan 1 lot tanah untuk membuat batas yang berukukaran '10x5' kaki dan akan memulakan tugasan penanaman yang akan diberikan oleh tenaga pengajar setiap minggu.

Langkah 1 adalah memilih tapak tanaman yang sesuai seperti kawasan lapang, rata, tanah gambut, berdekatkatan dengan sumber air dan terdedah kepada cahaya matahari.

Kawan-kawan kelas sedang saling tolong menolong  dalam membuat ukuran untuk dibahagikan kepada 19 batas.

Langkah  ke-2 membersihkan tapak tanah. Tapak tanah yang dikenalpasti untuk penanaman akan dibersihkan dengan cara:
  • Mencangkul
    • Membersihkan tapak batas tanaman untuk memastikan tanah batas bersih dari tanah yang berbatu dengan mengunakan cangkul.
  • Merumput
    • Membersihkan rumput yang tumbuh diatas tapak tanah
  • Membuang akar 
    • Membuang akar rumput.
Membersihkan kawasan tapak batas dan membuang tanah yang berbatu.
Langkah ke-3, mengembur tanah. Kawasan tapak tanah tanaman perlulah digembur selepas pembersihan dilakukan. Tanah digemburkan dengan mengunakan cangkul untuk memastikan tiada lebihan tanah yang berbatu.

Langkah ke-4, membuat batas. Setelah proses mengembur selesai, proses pembinaan batas akan dilakukan dan dipagarkan mengikut ukuran yang telah diberi.

Syawal sedang memotong kayu yang berlebihan dari ukuran untuk membuat pagar bagi setiap batas.

Selepas proses memotong,proses mengecat pula bagi setiap kayu supaya kayu tahan lama.



Mengeringkan kayu yang dicat


Proses memaku setiap papan untuk dijadikan pagar batas.

Siap dipasangkan pagar kayu.

Batas siap dipagar dan digemburkan untuk kali ke-2.








    0 comments:

    Post a Comment