Assalamualaikum, Hai 😍
Bertemu kembali kita pada minggu ke-5 ini. Pada minggu 5 ini, kami telah belajar mengenai percambahan biji benih. Sebelum itu, anda semua tahu apakah itu percambahan dan apakah pula biji benih?
Haa. Jom kita baca sambung baca sedikit sebanyak tentang percambahan biji benih ini 😄
Pada minggu kelima ini juga kami telah menjalani satu ujikaji percambahan biji benih iaitu biji benih kacang hijau, kacang tanah dan jagung. Ujikaji ini dijalankan adalah untuk menguji percambahan biji benih terhadap elemen suhu, cahaya, udara dan juga air. Tempat untuk menjalankan
eksperimen ini adalah di Makmal Pertanian Tisu Kultur di bangunan N30. Eksperimen percambahan biji benih ini memerlukan dua kali pemerhatian iaitu
pada waktu pagi dan juga pada waktu petang selama lima hari berturut – turut.
Okay, mari kita sambung persoalan kita tadi!
APA ITU PERCAMBAHAN?
Percambahan ialah proses
tumbuhan mulai tumbuh dari anak benih, spora atau benda lain. Percambahan merupakan peringkat pertama menghasilkan
anak benih. Biji benih terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu kulit biji,
embrio dan kotiledon. Percambahan berlaku apabila biji benih mula bertumbuh. Tiga
keperluan untuk percambahan biji benih iaitu air, oksigen dan suhu yang sesuai.
APA ITU PULA BIJI BENIH?
Biji benih adalah berasal daripada ovul yang disenyawakan. Di dalam biji benih, terdapat embrio yang berkembang. Selain itu, biji benih mengandungi tempat untuk simpanan makanan di dalam embrio yang diliputi oleh lapisan keras yang dipanggil TESTA (kulit biji benih).
Makanan disimpan di dalam KOTILEDON. Bagi sesetengah tumbuhan ada yang mempunyai 1 kotiledon, seperti jagung. Namun, ada juga yang mempunyai 2 kotiledon seperti biji benih kacang hijau dan kacang tanah. Apabila biji benih bercambah, embrio akan mengeluarkan akar baru yang dikenali sebagai RADIKEL. Kemudiannya, mengeluarkan pucuk baru yang dikenali sebagai PLUMUL. Kotiledon pula akan semakin mengecil kerana sumber makanan diambil dari sana. Anak pokok mula menghasilkan makanan sendiri apabila daun baru mulai tumbuh.
Disini terdapat beberapa ujikaji yang kami jalankan terhadap biji benih.
UJIKAJI 1: UJIKAJI
PERCAMBAHAN DI DALAM BEKAS PLASTIK
Ujikaji Percambahan ini adalah untuk:
- Mengukur bilangan biji benih yang bercambah.
- Menghitungkan peratus keperluan untuk percambahan biji benih terhadap oksigen di tempat yang terbuka.
- Menentukan keadaan percambahan biji benih terhadap keperluan cahaya, air, oksigen dan suhu yang sesuai.
Radas, Alatan dan Bahan yang digunakan untuk melakukan eksperimen ini adalah:
Piring Petri / Bekas Plastik
Kapas
Biji Benih
Air Didih yang telah Disejukkan
Kaedah Ujikaji
1. Sediakan 8 set radas dan letakkan kapas di dalam bekas plastik tersebut dan kemudian masukkan 10 biji benih bagi setiap satu radas tersebut.
2. Kemudian, semua radas disiram atau direnjis mengikut jenis air yang telah ditetapkan seperti di dalam jadual di bawah kecuali radas B2 yang dibiarkan kering.
Set Pertama
Keadaan Untuk Percambahan
Label Radas
Rawatan
Cahaya
A1
Letakkan di atas meja dan
lembapkan dengan menggunakan air paip.
Air
B1
Dilembapkan dengan air paip
seperti biasa.
Oksigen
C1
Dilembapkan dengan air yang
telah didihkan dan diletakkan di atas meja.
Suhu
D1
Disimpan di dalam peti sejuk
beku selepas dilembapkan dengan air paip.
Set Kedua
Keadaan Untuk
Percambahan
Label Radas
Rawatan
Cahaya
A2
Disimpan di dalam laci selepas
dilembapkan dengan air paip.
Air
B2
Dibiarkan kering.
Oksigen
C2

D2
Diletakkan di atas meja
selepas dilembapkan dengan air paip.
3. Akhir sekali, perhatikan
percambahan biji benih setiap dua kali sehari sehingga hari kelima dan kemudian
catatkan keputusan setiap pemerhatian tersebut.
Keputusan:
Berdasarkan analisis data diatas, tujuan utama percambahan biji benih
adalah untuk meneruskan kehidupan sesuatu jenis spesies pokok. Setiap percambahan biji benih memerlukan makanan yang tersendiri seperti
kadar air yang disirami mencukupi dan oksigen yang tidak terlalu lembap. Di
samping itu juga, suhu persekitaran yang sesuai juga memainkan peranan penting
untuk percambahan biji benih ini. Oleh itu, biji benih akan
bercambah jika mempunyai keadaan yang sesuai, iaitu mempunyai air yang
mencukupi, oksigen dan suhu yang sesuai.
UJIKAJI 2: UJIKAJI PERCAMBAHAN DI DALAM TABUNG UJI
Ujikaji Percambahan ini adalah untuk:
- Menentukan keadaan kehadiran untuk percambahan biji benih terhadap keperluan cahaya, air, oksigen dan suhu yang sesuai.
- Mengukur bilangan biji benih yang
bercambah.
Radas, Alatan dan Bahan yang digunakan untuk melakukan eksperimen ini adalah:
5 Unit Tabung Uji Dan Rak
Kapas
Biji Benih
Air Didih yang telah Disejukkan
Minyak Masak Dan Penitis Minyak
Kaedah Ujikaji
1. Sediakan
5 unit tabung uji dan labelkan setiap satu tabung uji dengan label A, B, C, D
dan E.
2.
Sediakan 5 unit tabung uji A, B, C, D dan
E dengan kapas.
.
3. 4
unit tabung uji berlabel A, B, C dan E diletakkan di dalam makmal.
4. Manakala,
tabung uji D diletakkan di dalam peti sejuk.
5. Keadaan
untuk percambahan bagi setiap tabung uji adalah seperti jadual berikut:
Keadaan
Untuk Percambahan
Label Radas
Rawatan
Tempat
Tabung Uji Diletakkan
Air,
udara dan suhu
A
Kapas
dibasahkan dengan air paip kemudian 3 biji benih dimasukkan ke dalam tabung
uji.
Tabung
uji dimasukkan ke dalam rak dan diletakkan di atas meja.
Air
B
Kapas
tidak perlu dibasahkan dengan air paip atau air yang didihkan kemudian 3 biji
benih dimasukkan ke dalam tabung uji.

Udara
C
Masukkan
air sejuk yang telah didihkan kedalam tabung uji sebanyak separuh tabung uji
kemudian 3 biji benih dimasukkan ke dalam tabung uji. Seterusnya, minyak di
titiskan ke dalam tabung uji bagi menutupi permukaan atas air.

D

uji dimasukkan ke dalam rak dan diletakkan di peti sejuk.
Cahaya
E

uji dimasukkan ke dalam rak dan diletakkan di tempat gelap seperti di dalam
almari.
6. Pemerhatian
terhadap biji benih diperhatikan selepas 5 hari.
7. Pemerhatian
biji benih direkodkan.
Keputusan:
Tabung
Uji
Kehadiran
Pemerhatian
Biji Benih (Bercambah/Tidak Bercambah)
Air
Cahaya
Udara
Suhu
Yang Sesuai
A
/
/
/
/
Bercambah = 3 Biji Benih
B
X
/
/
/
Tidak Bercambah = 0 Biji Benih
C
/
/
X
/
Tidak Bercambah = 0 Biji Benih
D
/
/
/
X
Tidak Bercambah = 0 Biji Benih
E
/
X
/
/
Bercambah = 3 Bijih Benih
Kesimpulan yang kami dapati setelah kami melakukan ujikaji yang kedua ini adalah air, udara dan suhu yang sesuai diperlukan untuk
percambahan biji benih. Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian selepas 5
hari ujikaji dijalankan yang mana tabung uji A bercambah kerana adanya air,
udara dan suhu yang sesuai. Manakala tabung uji B, C dan D tidak bercambah
kerana tidak mempunyai air, udara dan suhu yang sesuai. Akhir sekali tabung uji
E bercambah kerana biji benih tidak memerlukan cahaya untuk bercambah.
UJIKAJI 3: UJIKAJI PERCAMBAHAN EPIGEAL
& HIPOGEAL
Ujikaji Percambahan ini adalah untuk:
-
Memantau keadaan percambahan jenis biji benih yang akan bercambah terhadap kotiledon yang akan mengembang dan menyebabkan testa menjadi lembut dan pecah.
-
Menentukan keadaan percambahan biji benih terhadap bahagian embrio yang membesar menjadi plumul (pucuk) dan radikel (akar).
-
Mengukur kepanjangan setiap percambahan biji benih epigeal dan hipogeal yang bercambah.
Radas, Alatan dan Bahan yang digunakan untuk melakukan eksperimen ini adalah:
Bikar 80 ml / Bekas Plastik
Biji Benih Kacang & Jagung
½ Bekas Peat Moss (Medium
Percambahan)
Kaedah Ujikaji
1.
Masukkan 60 ml peat moss ke dalam dua buah bikar atau
bekas plastik. Tandakan bekas A ‘K4KT’ (Kumpulan 4 Kacang Tanah) untuk biji
benih kacang tanah dan bagi bekas B iaitu biji benih jagung pula tandakan ‘K4J’
(Kumpulan 4 Jagung).
2.
Kemudian, masukkan 3 biji benih
kacang tanah ke dalam bekas A dan bekas B. Seterusnya, kedua – dua bekas
tersebut perlu dilembapkan dengan air paip setiap dua kali sehari.
3.
Akhir sekali, percambahan biji
benih akan dipantau dan diambil bacaan setiap dua kali sehari sehingga hari yang
kelima dan kemudian lukiskan gambar percambahan biji benih kacang tanah dan
jagung selepas hari kelima.
Keputusan:
HARI
KACANG TANAH
JAGUNG
RADIKEL (CM)
PLUMUL (CM)
RADIKEL (CM)
PLUMUL (CM)
1
–
–
–
–
2
–
–
0.3
–
3
–
–
0.7
–
Berdasarkan analisis data diatas, percambahan
biji benih epigeal iaitu kotiledon akan keluar dari tanah bersama-sama plumul.
Contoh percambahan epigeal adalah daripada tumbuhan dikotiledon seperti kacang
tanah. Manakala percambahan hipogeal, kotiledon akan kekal bawah tanah dan hanya
plumul sahaja yang keluar dari tanah. Contoh percambahan hipogeal adalah
daripada tumbuhan monokotiledon seperti pokok jagung. Oleh itu, percambahan biji
benih hipogeal (jagung) akan bercambah dua kali lebih cepat jika dibandingkan
dengan percambahan biji benih epigeal (kacang tanah) kerana ia mempunyai kulit
biji (testa) yang lebih lembut dan mempunyai kotiledon yang akan kekal bawah
tanah kerana ia dapat menyerap air yang lebih banyak yang merupakan sumber
utama keperluan percambahan biji benih untuk menyimpan dan membekalkan makanan
untuk biji benih bagi mempercepatkan percambahan biji benih.
Assalamualaikum, Hai 😍
Bertemu kembali kita pada minggu ke-5 ini. Pada minggu 5 ini, kami telah belajar mengenai percambahan biji benih. Sebelum itu, anda semua tahu apakah itu percambahan dan apakah pula biji benih?
Haa. Jom kita baca sambung baca sedikit sebanyak tentang percambahan biji benih ini 😄
Pada minggu kelima ini juga kami telah menjalani satu ujikaji percambahan biji benih iaitu biji benih kacang hijau, kacang tanah dan jagung. Ujikaji ini dijalankan adalah untuk menguji percambahan biji benih terhadap elemen suhu, cahaya, udara dan juga air. Tempat untuk menjalankan
eksperimen ini adalah di Makmal Pertanian Tisu Kultur di bangunan N30. Eksperimen percambahan biji benih ini memerlukan dua kali pemerhatian iaitu
pada waktu pagi dan juga pada waktu petang selama lima hari berturut – turut.
Okay, mari kita sambung persoalan kita tadi!
APA ITU PERCAMBAHAN?
Percambahan ialah proses
tumbuhan mulai tumbuh dari anak benih, spora atau benda lain. Percambahan merupakan peringkat pertama menghasilkan
anak benih. Biji benih terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu kulit biji,
embrio dan kotiledon. Percambahan berlaku apabila biji benih mula bertumbuh. Tiga
keperluan untuk percambahan biji benih iaitu air, oksigen dan suhu yang sesuai.
APA ITU PULA BIJI BENIH?
Biji benih adalah berasal daripada ovul yang disenyawakan. Di dalam biji benih, terdapat embrio yang berkembang. Selain itu, biji benih mengandungi tempat untuk simpanan makanan di dalam embrio yang diliputi oleh lapisan keras yang dipanggil TESTA (kulit biji benih).
Makanan disimpan di dalam KOTILEDON. Bagi sesetengah tumbuhan ada yang mempunyai 1 kotiledon, seperti jagung. Namun, ada juga yang mempunyai 2 kotiledon seperti biji benih kacang hijau dan kacang tanah. Apabila biji benih bercambah, embrio akan mengeluarkan akar baru yang dikenali sebagai RADIKEL. Kemudiannya, mengeluarkan pucuk baru yang dikenali sebagai PLUMUL. Kotiledon pula akan semakin mengecil kerana sumber makanan diambil dari sana. Anak pokok mula menghasilkan makanan sendiri apabila daun baru mulai tumbuh.
Disini terdapat beberapa ujikaji yang kami jalankan terhadap biji benih.
UJIKAJI 1: UJIKAJI PERCAMBAHAN DI DALAM BEKAS PLASTIK
Ujikaji Percambahan ini adalah untuk:
- Mengukur bilangan biji benih yang bercambah.
- Menghitungkan peratus keperluan untuk percambahan biji benih terhadap oksigen di tempat yang terbuka.
- Menentukan keadaan percambahan biji benih terhadap keperluan cahaya, air, oksigen dan suhu yang sesuai.
Radas, Alatan dan Bahan yang digunakan untuk melakukan eksperimen ini adalah:
Piring Petri / Bekas Plastik
Kapas
Biji Benih
Air Didih yang telah Disejukkan
Kaedah Ujikaji
Set Pertama
Keadaan Untuk Percambahan
|
Label Radas
|
Rawatan
|
Cahaya
|
A1
|
Letakkan di atas meja dan
lembapkan dengan menggunakan air paip.
|
Air
|
B1
|
Dilembapkan dengan air paip
seperti biasa.
|
Oksigen
|
C1
|
Dilembapkan dengan air yang
telah didihkan dan diletakkan di atas meja.
|
Suhu
|
D1
|
Disimpan di dalam peti sejuk
beku selepas dilembapkan dengan air paip.
|
Set Kedua
Keadaan Untuk
Percambahan
|
Label Radas
|
Rawatan
|
Cahaya
|
A2
|
Disimpan di dalam laci selepas
dilembapkan dengan air paip.
|
Air
|
B2
|
Dibiarkan kering.
|
Oksigen
|
C2
|
Dilembapkan dengan air yang
telah didihkan dan diletakkan di atas meja.
|
Suhu
|
D2
|
Diletakkan di atas meja
selepas dilembapkan dengan air paip.
|
3. Akhir sekali, perhatikan
percambahan biji benih setiap dua kali sehari sehingga hari kelima dan kemudian
catatkan keputusan setiap pemerhatian tersebut.
Radas, Alatan dan Bahan yang digunakan untuk melakukan eksperimen ini adalah:
Keputusan:
Berdasarkan analisis data diatas, tujuan utama percambahan biji benih
adalah untuk meneruskan kehidupan sesuatu jenis spesies pokok. Setiap percambahan biji benih memerlukan makanan yang tersendiri seperti
kadar air yang disirami mencukupi dan oksigen yang tidak terlalu lembap. Di
samping itu juga, suhu persekitaran yang sesuai juga memainkan peranan penting
untuk percambahan biji benih ini. Oleh itu, biji benih akan
bercambah jika mempunyai keadaan yang sesuai, iaitu mempunyai air yang
mencukupi, oksigen dan suhu yang sesuai.
UJIKAJI 2: UJIKAJI PERCAMBAHAN DI DALAM TABUNG UJI
Ujikaji Percambahan ini adalah untuk:
- Menentukan keadaan kehadiran untuk percambahan biji benih terhadap keperluan cahaya, air, oksigen dan suhu yang sesuai.
- Mengukur bilangan biji benih yang bercambah.
Radas, Alatan dan Bahan yang digunakan untuk melakukan eksperimen ini adalah:
5 Unit Tabung Uji Dan Rak
Kapas
Biji Benih
Air Didih yang telah Disejukkan
Minyak Masak Dan Penitis Minyak
Kaedah Ujikaji
1. Sediakan
5 unit tabung uji dan labelkan setiap satu tabung uji dengan label A, B, C, D
dan E.
2.
Sediakan 5 unit tabung uji A, B, C, D dan
E dengan kapas.
.
3. 4
unit tabung uji berlabel A, B, C dan E diletakkan di dalam makmal.
4. Manakala,
tabung uji D diletakkan di dalam peti sejuk.
5. Keadaan
untuk percambahan bagi setiap tabung uji adalah seperti jadual berikut:
Keadaan
Untuk Percambahan
|
Label Radas
|
Rawatan
|
Tempat
Tabung Uji Diletakkan
|
Air,
udara dan suhu
|
A
|
Kapas
dibasahkan dengan air paip kemudian 3 biji benih dimasukkan ke dalam tabung
uji.
|
Tabung
uji dimasukkan ke dalam rak dan diletakkan di atas meja.
|
Air
|
B
|
Kapas
tidak perlu dibasahkan dengan air paip atau air yang didihkan kemudian 3 biji
benih dimasukkan ke dalam tabung uji.
|
Tabung
uji dimasukkan ke dalam rak dan diletakkan di atas meja.
|
Udara
|
C
|
Masukkan
air sejuk yang telah didihkan kedalam tabung uji sebanyak separuh tabung uji
kemudian 3 biji benih dimasukkan ke dalam tabung uji. Seterusnya, minyak di
titiskan ke dalam tabung uji bagi menutupi permukaan atas air.
|
Tabung
uji dimasukkan ke dalam rak dan diletakkan di atas meja.
|
Suhu
|
D
|
Kapas
dibasahkan dengan air paip kemudian 3 biji benih dimasukkan ke dalam tabung
uji.
|
Tabung
uji dimasukkan ke dalam rak dan diletakkan di peti sejuk.
|
Cahaya
|
E
|
Kapas
dibasahkan dengan air paip kemudian 3 biji benih dimasukkan ke dalam tabung
uji.
|
Tabung
uji dimasukkan ke dalam rak dan diletakkan di tempat gelap seperti di dalam
almari.
|
6. Pemerhatian
terhadap biji benih diperhatikan selepas 5 hari.
7. Pemerhatian
biji benih direkodkan.
Keputusan:
Tabung
Uji
|
Kehadiran
|
Pemerhatian
Biji Benih (Bercambah/Tidak Bercambah)
|
|||
Air
|
Cahaya
|
Udara
|
Suhu
Yang Sesuai
|
||
A
|
/
|
/
|
/
|
/
|
Bercambah = 3 Biji Benih
|
B
|
X
|
/
|
/
|
/
|
Tidak Bercambah = 0 Biji Benih
|
C
|
/
|
/
|
X
|
/
|
Tidak Bercambah = 0 Biji Benih
|
D
|
/
|
/
|
/
|
X
|
Tidak Bercambah = 0 Biji Benih
|
E
|
/
|
X
|
/
|
/
|
Bercambah = 3 Bijih Benih
|
Kesimpulan yang kami dapati setelah kami melakukan ujikaji yang kedua ini adalah air, udara dan suhu yang sesuai diperlukan untuk
percambahan biji benih. Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian selepas 5
hari ujikaji dijalankan yang mana tabung uji A bercambah kerana adanya air,
udara dan suhu yang sesuai. Manakala tabung uji B, C dan D tidak bercambah
kerana tidak mempunyai air, udara dan suhu yang sesuai. Akhir sekali tabung uji
E bercambah kerana biji benih tidak memerlukan cahaya untuk bercambah.
UJIKAJI 3: UJIKAJI PERCAMBAHAN EPIGEAL
& HIPOGEAL
Ujikaji Percambahan ini adalah untuk:
- Memantau keadaan percambahan jenis biji benih yang akan bercambah terhadap kotiledon yang akan mengembang dan menyebabkan testa menjadi lembut dan pecah.
- Menentukan keadaan percambahan biji benih terhadap bahagian embrio yang membesar menjadi plumul (pucuk) dan radikel (akar).
- Mengukur kepanjangan setiap percambahan biji benih epigeal dan hipogeal yang bercambah.
Bikar 80 ml / Bekas Plastik
Biji Benih Kacang & Jagung
½ Bekas Peat Moss (Medium
Percambahan)
Kaedah Ujikaji
1.
Masukkan 60 ml peat moss ke dalam dua buah bikar atau
bekas plastik. Tandakan bekas A ‘K4KT’ (Kumpulan 4 Kacang Tanah) untuk biji
benih kacang tanah dan bagi bekas B iaitu biji benih jagung pula tandakan ‘K4J’
(Kumpulan 4 Jagung).
2.
Kemudian, masukkan 3 biji benih
kacang tanah ke dalam bekas A dan bekas B. Seterusnya, kedua – dua bekas
tersebut perlu dilembapkan dengan air paip setiap dua kali sehari.
3.
Akhir sekali, percambahan biji
benih akan dipantau dan diambil bacaan setiap dua kali sehari sehingga hari yang
kelima dan kemudian lukiskan gambar percambahan biji benih kacang tanah dan
jagung selepas hari kelima.
Keputusan:
HARI
|
KACANG TANAH
|
JAGUNG
|
||
RADIKEL (CM)
|
PLUMUL (CM)
|
RADIKEL (CM)
|
PLUMUL (CM)
|
|
1
|
–
|
–
|
–
|
–
|
2
|
–
|
–
|
0.3
|
–
|
3
|
–
|
–
|
0.7
|
–
|
Berdasarkan analisis data diatas, percambahan
biji benih epigeal iaitu kotiledon akan keluar dari tanah bersama-sama plumul.
Contoh percambahan epigeal adalah daripada tumbuhan dikotiledon seperti kacang
tanah. Manakala percambahan hipogeal, kotiledon akan kekal bawah tanah dan hanya
plumul sahaja yang keluar dari tanah. Contoh percambahan hipogeal adalah
daripada tumbuhan monokotiledon seperti pokok jagung. Oleh itu, percambahan biji
benih hipogeal (jagung) akan bercambah dua kali lebih cepat jika dibandingkan
dengan percambahan biji benih epigeal (kacang tanah) kerana ia mempunyai kulit
biji (testa) yang lebih lembut dan mempunyai kotiledon yang akan kekal bawah
tanah kerana ia dapat menyerap air yang lebih banyak yang merupakan sumber
utama keperluan percambahan biji benih untuk menyimpan dan membekalkan makanan
untuk biji benih bagi mempercepatkan percambahan biji benih.
0 comments:
Post a Comment