Tuesday, April 9, 2019

LAPORAN MINGGU 6 : KERATAN BATANG (10.03.2019 - 16.03.2019)

Assalamualaikum dan hi semua! 👋


Pada minggu ke-6 ini kita akan masuk tajuk keratan batang. Apa itu keratan batang?


Keratan batang adalah dengan menggunakan bahagian tumbuhan seperti batang, ranting dan dahan tanaman. Ia cepat dikerjakan dan dan cepat menghasilkan anak pokok. Sesetengah tumbuhan perlukan jangka masa yang panjang, jika ditumbuhkan dengan biji bernih. Untuk mempercepatkan lagi pembiakan tumbuhan, salah satu caranya adalah menggunakan keratan batang. Masukan keratan batang yang bertunas ke dalam tanah, ia akan menjadi tumbuhan yang baru. Terdapat 3 jenis keratan :-


Jenis keratan batang

i.    Keratan Kayu Lembut (Keratan Hijau)
Keratan ini diambil daripada bahagian pucuk ranting termuda sekali atau yang masih berwarna hijau dan mudah patah apabila dilentur. Keratan ini dibuat sepanjang 10-15cm beserta dengan 2-3 helai daun. Peratus kejayaan keratan kayu lembut adalah rendah jika dibandingkan dengan peratus kejayaan yang menggunakan bahagian lain. Keratan kayu lembut mudah kering, oleh itu kelembapan persekitaran perlulah diawasi apabila menggunakan kaedah ini. Penggunaan renjisan kabus adalah digalakkan supaya keratan lebih cepat mengeluarkan akar.
contoh : Altenanthera sp., Portulaca sp. dan Coleus sp.




ii.    Keratan Kayu Sederhana Lembut (Keratan Hijau-Perang)

Keratan ini diambil daripada bahagian dahan atau ranting yang baru matang, diantara kayu lembut dan kayu keras. Keratan ini biasanya menghasilkan keratan yang mempunyai akar yang baik. Panjang keratan adalah 10-20 cm. Keratan mestilah mempunyai beberapa helai daun.
contoh : Hibiscus sp. (bunga raya), Duranta sp. dan Ixora sp. (siantan)


iii.  Keratan Kayu Keras (Keratan Perang)

Cara ini dilakukan untuk pembiakan beberapa jenis tumbuhan yang mempunyai keratan yang mudah mengeuarkan akar. Keratan diambil daripada dahan dan batang yang telah matang. Keratan biasanya dibuat sepanjang 30cm-2m atau lebih dan semua daun hendaklah dibuang. Keratan kayu keras boleh disemai terus di dalam beg politena
contoh : Pterocarpus indicus (Angsana/sena), Tecomaria capensis dan Baphia nitida.


Cara-cara untuk melakukan keratan batang:


  1.  Menyediakan medium semaian
Tanah loam : bahan organik : pasir sungai
    2     :      1        :      1      

Langkah penyediaan :
i. Tapis ketiga-tiga medium berasingan
ii. Sukat medium mengikut nisbah
iii. Gaul ketiga-tiga bahan
iv. Masukkan medium ke dalam bekas semaian sehingga 2.5cm dari bibir bekas semaian. Letak di tempat redup.


2. Memilih pokok hiasan yang boleh dibiakkan melalui keratan batang

· Dari pokok induk yang sihat & baik
· Bebas dari penyakit & haiwan perosak
· Diameter 1 cm – 1.5 cm

Contoh tumbuhan:
· Keratan kayu lembut: Jejari hantu(Alternanthera elliptica)
· Keratan kayu sederhana keras: Bunga raya(Hibiscus rosa sinensis)
· Keratan kayu keras: Angsana(Pterocarpus indicus)






3. Menyedia & menyemai keratan batang

· Semai dengan segera
· Guna hormon pengakaran untuk menggalakkan pertumbuhan akar.

Langkah kerja:
i. Sediakan keratin batang ( 10 cm – 15 cm )
ii. Celup hormone pengakaran
iii. Buat lubang ( 2 cm – 3 cm dalam ) dengan mencucuk kayu.
iv. Masukkan keratan batang ke dalam lubang, padatlkan kelilingnya.
v. Siram, letak tempat teduh.


5. Menjaga keratan batang

· Siram, buang rumpai. Elakkan gerakan kerana akan merosakkan akar yang baru tumbuh.



Apa itu penggalak akar?

Penggalak akar mempunyai dua jenis iaitu cecair dan serbuk. Kami menggunakan jenis cecair. Fungsinya dalah untuk mengeluarkan akar bagi kaedah keratan batang. Akar akan cepat keluar jika menggunakan penggalak akar tersebut. Penggalak akar mempunyai tiga nombor iaitu nombor satu untuk batang lembut, nombor dua untuk batang sederhana dan nombor tiga untuk batang keras. Nama penggalak akar tersebut adalah IBA iaitu Indol YLBultyric Acid. Bahan lain yang menggantikan penggalak akar adalah ajinamoto dan cube know (perasa).

0 comments:

Post a Comment