Saturday, April 6, 2019

LAPORAN MINGGU 4 : AMALI 1 (TEKSTUR TANAH) [24.02.2019 - 02.03.2019]

Assalamualaikum dan hi semuaaa 🙋



Pada minggu ini, kami perlu melakukan eksperimen untuk menentukan tekstur tanah lot masing-masing yang ada di ladang. Untuk menentukan tekstur tanah tersebut perlu melakukan 3 eksperimen berkaitan dengan tanah bertujuan untuk:
  1. Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan
  2. Menentukan tekstur tanah melalui cara medan
  3. Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah
Terlebih dahulu, kami diterangkan oleh Dr. Husna dan Pn. Salina cara-cara untuk menjalankan eksperimen ini. Perkara yang perlu dibawa oleh kami sudah semestinya sampel tanah daripada tanah lot kami di ladang untuk membuat pengujian pada tanah tersebut. Tanah ini mestilah diambil beberapa hari lebih awal untuk memastikan tanah yang diambil betul-betul kering. Tempat untuk menjalankan eksperimen ini adalah di Makmal Pertanian Tisu Kultur di bangunan N30.

Eksperimen yang pertama, yang kami perlu lakukan adalah ujikaji cara mendapan. Ujikaji ini adalah untuk:

  • Mengukur ketinggian setiap pisahan tanah yang mendap.
  • menghitung peratus pisahan tanah.
  • menentukan kelas tekstur tanah dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah sistem Atterberg.
Radas, Alatan dan Bahan yang digunakan untuk melakukan eksperimen ini adalah:

sampel tanah


silinder penyukat


bikar


air




Kaedah Ujikaji

1.      Hancurkan tanah dan ambil sampel tanah sebanyak 50ml dan masukkan ke dalam bikar.

2.      Seterusnya, masukkan 50ml tanah di dalam bikar itu ke dalam silinder penyukat.

3.      Isi air ke dalam silinder penyukat sehingga 300ml.



4.      Tutup silinder penyukat dengan tapak tangan dan goncangkan campuran dengan perlahan–lahan sehingga kumin tanah terpisah.

5.      Kemudian, letakkan silinder penyukat di atas meja selama 3 jam tanpa sebarang gangguan.

6.      Selepas 3 jam berlalu, ukur ketinggian setiap pisahan tanah yang mendap dan catatkan bacaan di dalam jadual.

7.      Seterusnya, hitungkan peratus pisahan tanah.

8.      Akhir sekali, tentukan kelas tekstur tanah dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah sistem Atterberg.


BATAS 17
Keputusan: Ketinggian keseluruhan pisahan   3.5   cm.

PISAHAN
KETINGGIAN (CM)
PERATUS (%)
Pasir
1.5
43
Kelodak
1.0
28
Tanah Liat
1.0
29
Tekstur Tanah
Clay Loam
Peratus Pisahan (%) = Ketinggian Lapisan Pisahan / Ketinggian Semua Lapisan x 100

Gambar menunjukkan hasil pemerhatian dan analisis

Berdasarkan analisis data diatas, cara untuk menentukan tekstur tanah adalah dengan cara mengira peratus pisahan sebagai contoh adalah apabila ketinggian lapisan pisahan menunjukkan pada angka 1.5 cm untuk pasir, sedangkan skala pada x100 maka hasil pengukurannya adalah 1.5cm dibahagikan dengan ketinggian semua lapisan iaitu 3.5cm x100 = 42.9%, jadi peratus pisahan yang kita ukur jika dibundarkan kepada titik perpuluhan yang terdekat adalah 43%. Maka, hasil bacaan tekstur tanah dengan menggunakan bacaan segi tiga tekstur tanah sistem Atterberg adalah berada di Clay Loam.


Eksperimen yang kedua pula adalah ujikaji cara medan. Ujikaji ini adalah untuk: 

  • Menentukan struktur tanah yang baik melalui pengudaraan tanah iaitu rongga antara agregat membenarkan udara dan air meresap dengan baik melalui cara merasa dengan tangan dengan membentuk bentuk – bentuk seperti gegelang, bentuk ‘U’, rod, bebola dan reben.
  • Menguji daya tahan tanah iaitu kumin-kumin tanah bergabung menjadi binaan yang lebih besar dan dapat mengelakkan tanah dari hakisan.
  • Menguji struktur tanah yang baik melalui cara susunan kumin-kumin tanah (pasir, kelodak dan liat) dalam bentuk tertentu.



Radas, Alatan dan Bahan yang digunakan untuk melakukan eksperimen ini adalah:

sampel tanah


plastik putih


kain lap


air



Kaedah Ujikaji

1.      Ambil sampel tanah sebanyak 20g dan masukkan ke dalam bikar untuk membentuk bebola tanah dengan diameter 2 – 3 cm.

2.      Seterusnya, letakkan sampel tanah di atas plastik putih dan uli tanah yang dilembapkan dengan sedikit air sehingga sampel tanah dapat dibentuk.

3.      Bentukkan tanah tersebut menjadi bentuk gegelang, bentuk ‘U’, rod, bebola dan reben.


Keputusan:

BATAS 17

     Pemerhatian
                  Keputusan
               Rod tidak dapat dibentuk (tanah sangat berpasir)

               Bebola boleh dibentuk (pasir berloam)
              
               Rod boleh dibentuk (tanah loam)
                √
              Rod membentuk U tetapi tidak boleh membentuk gelang (loam tanah liat)
               
               Gelang yang retak-relak (tanah liat berpasir).
                
               Gelang boleh dibentuk (tanah liat)
                 


Gambar menunjukkan hasil pemerhatian dan analisis


Berdasarkan analisis data diatas, cara untuk menentukan struktur tanah adalah dengan cara merasa dengan tangan dengan membentuk bentuk – bentuk seperti gegelang, bentuk ‘U’, rod, bebola dan reben yang dilembapkan dengan sedikit air. Jadi, daya tahan tanah iaitu kumin-kumin tanah bergabung menjadi binaan yang lebih besar dan dapat mengelakkan tanah dari hakisan. Maka, hasil pemerhatian struktur tanah dengan merasa dengan tangan adalah mempunyai struktur tanah yang baik melalui cara susunan kumin-kumin tanah (pasir, kelodak dan liat) dalam bentuk tertentu.


Eksperimen yang terakhir adalah ujikaji cara memandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah. Ujikaji ini adalah untuk menentukan nilai pH tanah dengan kaedah meter pH.


Radas, Alatan dan Bahan yang digunakan untuk melakukan eksperimen ini adalah:

sampel tanah


air suling


gentian kaca


bikar


corong turas



Kaedah Ujikaji

1.      Sukat air suling sebanyak 50ml.

2.      Seterusnya, tuangkan 50 ml air ke dalam sampel tanah dan tentukan isipadu air yang mengalir ke dalam kelalang kon selepas 3 minit.

3.      Catatkan keputusan dan pemerhatian di dalam jadual dan ambil bacaan nilai pH tanah dengan menggunakan meter pH.



Keputusan:



       SAMPEL TANAH (BATAS)
      ISIPADU AIR SELEPAS 3 MINIT (ml)
      NILAI pH TANAH
      KELEMBAPAN TANAH
1.       
35
7
1
2.       
20
7
1
3.       
30
6.6
1
4.       
30
6.4
1
5.       
37
6.6
1
6.       
35
7
1
7.       
38
6.4
1
8.       
23
6.6
1.2
9.       
35
6
1
10.   
37
6
1
11.   
20
5.6
1
12.   
20
5.6
1
13.   
19
5.8
1
14.   
17
6.4
1.5
15.   
30
7
1
16.   
38
6
1
17.   
20
7
1
18.   
29
6.8
1
19.   
25
6.6
1

Gambar menunjukkan hasil pemerhatian dan analisis


Berdasarkan analisis data diatas, cara untuk menentukan sifat kimia tanah iaitu nilai pH tanah, keasidan atau kealkalian sesuatu tanah adalah dengan menggunakan kaedah meter pH. Maka, hasil pemerhatian adalah mempunyai nilai pH tanah yang baik iaitu mikroorganisma bermanfaat hidup pada nilai pH tanah 5.5 sehingga pH 7.8.


Secara rumusnya, ujikaji yang pertama, tanah yang terdapat pada batas adalah jenis tanah yang sesuai untuk tanaman kerana boleh membekalkan keperluan bagi biji benih untuk hidup. Manakala ujikaji yang kedua, tanah yang terdapat pada batas pula adalah jenis tanah liat berloam merupakan tanah yang seimbang dan sesuai untuk keperluan tanaman untuk terus hidup. Dan ujikaji yang terakhir, nilai pH tanah yang terdapat pada batas merupakan nilai yang seimbang dan sesuai untuk keperluan tumbesaran tanaman.

0 comments:

Post a Comment