Tuesday, April 9, 2019

LAPORAN MINGGU 6 : KERATAN BATANG (10.03.2019 - 16.03.2019)

Assalamualaikum dan hi semua! 👋


Pada minggu ke-6 ini kita akan masuk tajuk keratan batang. Apa itu keratan batang?


Keratan batang adalah dengan menggunakan bahagian tumbuhan seperti batang, ranting dan dahan tanaman. Ia cepat dikerjakan dan dan cepat menghasilkan anak pokok. Sesetengah tumbuhan perlukan jangka masa yang panjang, jika ditumbuhkan dengan biji bernih. Untuk mempercepatkan lagi pembiakan tumbuhan, salah satu caranya adalah menggunakan keratan batang. Masukan keratan batang yang bertunas ke dalam tanah, ia akan menjadi tumbuhan yang baru. Terdapat 3 jenis keratan :-


Jenis keratan batang

i.    Keratan Kayu Lembut (Keratan Hijau)
Keratan ini diambil daripada bahagian pucuk ranting termuda sekali atau yang masih berwarna hijau dan mudah patah apabila dilentur. Keratan ini dibuat sepanjang 10-15cm beserta dengan 2-3 helai daun. Peratus kejayaan keratan kayu lembut adalah rendah jika dibandingkan dengan peratus kejayaan yang menggunakan bahagian lain. Keratan kayu lembut mudah kering, oleh itu kelembapan persekitaran perlulah diawasi apabila menggunakan kaedah ini. Penggunaan renjisan kabus adalah digalakkan supaya keratan lebih cepat mengeluarkan akar.
contoh : Altenanthera sp., Portulaca sp. dan Coleus sp.




ii.    Keratan Kayu Sederhana Lembut (Keratan Hijau-Perang)

Keratan ini diambil daripada bahagian dahan atau ranting yang baru matang, diantara kayu lembut dan kayu keras. Keratan ini biasanya menghasilkan keratan yang mempunyai akar yang baik. Panjang keratan adalah 10-20 cm. Keratan mestilah mempunyai beberapa helai daun.
contoh : Hibiscus sp. (bunga raya), Duranta sp. dan Ixora sp. (siantan)


iii.  Keratan Kayu Keras (Keratan Perang)

Cara ini dilakukan untuk pembiakan beberapa jenis tumbuhan yang mempunyai keratan yang mudah mengeuarkan akar. Keratan diambil daripada dahan dan batang yang telah matang. Keratan biasanya dibuat sepanjang 30cm-2m atau lebih dan semua daun hendaklah dibuang. Keratan kayu keras boleh disemai terus di dalam beg politena
contoh : Pterocarpus indicus (Angsana/sena), Tecomaria capensis dan Baphia nitida.


Cara-cara untuk melakukan keratan batang:


  1.  Menyediakan medium semaian
Tanah loam : bahan organik : pasir sungai
    2     :      1        :      1      

Langkah penyediaan :
i. Tapis ketiga-tiga medium berasingan
ii. Sukat medium mengikut nisbah
iii. Gaul ketiga-tiga bahan
iv. Masukkan medium ke dalam bekas semaian sehingga 2.5cm dari bibir bekas semaian. Letak di tempat redup.


2. Memilih pokok hiasan yang boleh dibiakkan melalui keratan batang

· Dari pokok induk yang sihat & baik
· Bebas dari penyakit & haiwan perosak
· Diameter 1 cm – 1.5 cm

Contoh tumbuhan:
· Keratan kayu lembut: Jejari hantu(Alternanthera elliptica)
· Keratan kayu sederhana keras: Bunga raya(Hibiscus rosa sinensis)
· Keratan kayu keras: Angsana(Pterocarpus indicus)






3. Menyedia & menyemai keratan batang

· Semai dengan segera
· Guna hormon pengakaran untuk menggalakkan pertumbuhan akar.

Langkah kerja:
i. Sediakan keratin batang ( 10 cm – 15 cm )
ii. Celup hormone pengakaran
iii. Buat lubang ( 2 cm – 3 cm dalam ) dengan mencucuk kayu.
iv. Masukkan keratan batang ke dalam lubang, padatlkan kelilingnya.
v. Siram, letak tempat teduh.


5. Menjaga keratan batang

· Siram, buang rumpai. Elakkan gerakan kerana akan merosakkan akar yang baru tumbuh.



Apa itu penggalak akar?

Penggalak akar mempunyai dua jenis iaitu cecair dan serbuk. Kami menggunakan jenis cecair. Fungsinya dalah untuk mengeluarkan akar bagi kaedah keratan batang. Akar akan cepat keluar jika menggunakan penggalak akar tersebut. Penggalak akar mempunyai tiga nombor iaitu nombor satu untuk batang lembut, nombor dua untuk batang sederhana dan nombor tiga untuk batang keras. Nama penggalak akar tersebut adalah IBA iaitu Indol YLBultyric Acid. Bahan lain yang menggantikan penggalak akar adalah ajinamoto dan cube know (perasa).

Saturday, April 6, 2019

LAPORAN MINGGU 5 : AMALI 2 (PERCAMBAHAN BIJI BENIH) [03.03.2019 - 09.03.2019]

Assalamualaikum, Hai 😍


Bertemu kembali kita pada minggu ke-5 ini. Pada minggu 5 ini, kami telah belajar mengenai percambahan biji benih. Sebelum itu, anda semua tahu apakah itu percambahan dan apakah pula biji benih?

Haa. Jom kita baca sambung baca sedikit sebanyak tentang percambahan biji benih ini 😄

Pada minggu kelima ini juga kami telah menjalani satu ujikaji percambahan biji benih iaitu biji benih kacang hijau, kacang tanah dan jagung. Ujikaji ini dijalankan adalah untuk menguji percambahan biji benih terhadap elemen suhu, cahaya, udara dan juga air. Tempat untuk menjalankan eksperimen ini adalah di Makmal Pertanian Tisu Kultur di bangunan N30. Eksperimen percambahan biji benih ini memerlukan dua kali pemerhatian iaitu pada waktu pagi dan juga pada waktu petang selama lima hari berturut – turut.

Okay, mari kita sambung persoalan kita tadi!

APA ITU PERCAMBAHAN?

Percambahan ialah proses tumbuhan mulai tumbuh dari anak benih, spora atau benda lain. Percambahan merupakan peringkat pertama menghasilkan anak benih. Biji benih terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu kulit biji, embrio dan kotiledon. Percambahan berlaku apabila biji benih mula bertumbuh. Tiga keperluan untuk percambahan biji benih iaitu air, oksigen dan suhu yang sesuai.

APA ITU PULA BIJI BENIH?

Biji benih adalah berasal daripada ovul yang disenyawakan. Di dalam biji benih, terdapat embrio yang berkembang. Selain itu, biji benih mengandungi tempat untuk simpanan makanan di dalam embrio yang diliputi oleh lapisan keras yang dipanggil TESTA (kulit biji benih).

Makanan disimpan di dalam KOTILEDON. Bagi sesetengah tumbuhan ada yang mempunyai 1 kotiledon, seperti jagung. Namun, ada juga yang mempunyai 2 kotiledon seperti biji benih kacang hijau dan kacang tanah. Apabila biji benih bercambah, embrio akan mengeluarkan akar baru yang dikenali sebagai RADIKEL. Kemudiannya, mengeluarkan pucuk baru yang dikenali sebagai PLUMUL. Kotiledon pula akan semakin mengecil kerana sumber makanan diambil dari sana. Anak pokok mula menghasilkan makanan sendiri apabila daun baru mulai tumbuh.

Disini terdapat beberapa ujikaji yang kami jalankan terhadap biji benih.



UJIKAJI 1: UJIKAJI PERCAMBAHAN DI DALAM BEKAS PLASTIK


Ujikaji Percambahan ini adalah untuk:

  • Mengukur bilangan biji benih yang bercambah.
  • Menghitungkan peratus keperluan untuk percambahan biji benih terhadap oksigen di tempat yang terbuka.
  • Menentukan keadaan percambahan biji benih terhadap keperluan cahaya, air, oksigen dan suhu yang sesuai.

Radas, Alatan dan Bahan yang digunakan untuk melakukan eksperimen ini adalah:

Piring Petri / Bekas Plastik


Kapas


Biji Benih


Air Didih yang telah Disejukkan



Kaedah Ujikaji

    1. Sediakan 8 set radas dan letakkan kapas di dalam bekas plastik tersebut dan kemudian masukkan 10 biji benih bagi setiap satu radas tersebut.





    2. Kemudian, semua radas disiram atau direnjis mengikut jenis air yang telah ditetapkan seperti di dalam jadual di bawah kecuali radas B2 yang dibiarkan kering.
     
      Set Pertama
    Keadaan Untuk Percambahan
     Label Radas
Rawatan
      Cahaya
A1
    Letakkan di atas meja dan lembapkan dengan menggunakan air paip.
      Air
B1
     Dilembapkan dengan air paip seperti biasa.
     Oksigen
C1
   Dilembapkan dengan air yang telah didihkan dan diletakkan di atas meja.
     Suhu
D1
     Disimpan di dalam peti sejuk beku selepas dilembapkan dengan air paip.
      


     
     Set Kedua
   Keadaan Untuk Percambahan
     Label Radas
Rawatan
      Cahaya
A2
   Disimpan di dalam laci selepas dilembapkan dengan air paip.
     


      Air
B2
     Dibiarkan kering.
      Oksigen
C2
   Dilembapkan dengan air yang telah didihkan dan diletakkan di atas meja.
      Suhu
D2
   Diletakkan di atas meja selepas dilembapkan dengan air paip.
   

     3. Akhir sekali, perhatikan percambahan biji benih setiap dua kali sehari sehingga hari kelima dan kemudian catatkan keputusan setiap pemerhatian tersebut.
   
     
     Keputusan:

   Berdasarkan analisis data diatas, tujuan utama percambahan biji benih adalah untuk meneruskan kehidupan sesuatu jenis spesies pokok. Setiap percambahan biji benih memerlukan makanan yang tersendiri seperti kadar air yang disirami mencukupi dan oksigen yang tidak terlalu lembap. Di samping itu juga, suhu persekitaran yang sesuai juga memainkan peranan penting untuk percambahan biji benih ini. Oleh itu, biji benih akan bercambah jika mempunyai keadaan yang sesuai, iaitu mempunyai air yang mencukupi, oksigen dan suhu yang sesuai.


UJIKAJI 2: UJIKAJI PERCAMBAHAN DI DALAM TABUNG UJI

Ujikaji Percambahan ini adalah untuk:



  • Menentukan keadaan kehadiran untuk percambahan biji benih terhadap keperluan cahaya, air, oksigen dan suhu yang sesuai.
  • Mengukur bilangan biji benih yang bercambah.



Radas, Alatan dan Bahan yang digunakan untuk melakukan eksperimen ini adalah:

5 Unit Tabung Uji Dan Rak


Kapas


Biji Benih


Air Didih yang telah Disejukkan


Minyak Masak Dan Penitis Minyak




     Kaedah Ujikaji

1.      Sediakan 5 unit tabung uji dan labelkan setiap satu tabung uji dengan label A, B, C, D dan E.


2.        Sediakan 5 unit tabung uji A, B, C, D dan E dengan kapas.
.
3.      4 unit tabung uji berlabel A, B, C dan E diletakkan di dalam makmal.

4.      Manakala, tabung uji D diletakkan di dalam peti sejuk.


5.      Keadaan untuk percambahan bagi setiap tabung uji adalah seperti jadual berikut:
 Keadaan Untuk Percambahan
 Label Radas
      Rawatan
     Tempat Tabung Uji Diletakkan
     Air, udara dan suhu
          A
   Kapas dibasahkan dengan air paip kemudian 3 biji benih dimasukkan ke dalam tabung uji.
  Tabung uji dimasukkan ke dalam rak dan diletakkan di atas meja.
     Air
          B
    Kapas tidak perlu dibasahkan dengan air paip atau air yang didihkan kemudian 3 biji benih dimasukkan ke dalam tabung uji.
  Tabung uji dimasukkan ke dalam rak dan diletakkan di atas meja.
     Udara
          C
  Masukkan air sejuk yang telah didihkan kedalam tabung uji sebanyak separuh tabung uji kemudian 3 biji benih dimasukkan ke dalam tabung uji. Seterusnya, minyak di titiskan ke dalam tabung uji bagi menutupi permukaan atas air.
  Tabung uji dimasukkan ke dalam rak dan diletakkan di atas meja.
     Suhu
          D
   Kapas dibasahkan dengan air paip kemudian 3 biji benih dimasukkan ke dalam tabung uji.
  Tabung uji dimasukkan ke dalam rak dan diletakkan di peti sejuk.
     Cahaya
          E
   Kapas dibasahkan dengan air paip kemudian 3 biji benih dimasukkan ke dalam tabung uji.
  Tabung uji dimasukkan ke dalam rak dan diletakkan di tempat gelap seperti di dalam almari.

      6.      Pemerhatian terhadap biji benih diperhatikan selepas 5 hari.

      7.      Pemerhatian biji benih direkodkan.


       Keputusan:

    Tabung Uji
                           Kehadiran
 Pemerhatian Biji Benih (Bercambah/Tidak Bercambah)
       Air
       Cahaya
       Udara
   Suhu Yang Sesuai
          A

/
/
/
/
     Bercambah = 3 Biji Benih

          B

X
/
/
/
  Tidak Bercambah = 0 Biji Benih

          C

/
/
X
/
  Tidak Bercambah = 0 Biji Benih

          D

/
/
/
X
  Tidak Bercambah = 0 Biji Benih

          E
/
X
/
/
     Bercambah = 3 Bijih Benih



      Kesimpulan yang kami dapati setelah kami melakukan ujikaji yang kedua ini adalah air, udara dan suhu yang sesuai diperlukan untuk percambahan biji benih. Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian selepas 5 hari ujikaji dijalankan yang mana tabung uji A bercambah kerana adanya air, udara dan suhu yang sesuai. Manakala tabung uji B, C dan D tidak bercambah kerana tidak mempunyai air, udara dan suhu yang sesuai. Akhir sekali tabung uji E bercambah kerana biji benih tidak memerlukan cahaya untuk bercambah.



UJIKAJI 3: UJIKAJI PERCAMBAHAN EPIGEAL & HIPOGEAL



Ujikaji Percambahan ini adalah untuk:


  • Memantau keadaan percambahan jenis biji benih yang akan bercambah terhadap kotiledon yang akan mengembang dan menyebabkan testa menjadi lembut dan pecah.
  • Menentukan keadaan percambahan biji benih terhadap bahagian embrio yang membesar menjadi plumul (pucuk) dan radikel (akar).
  • Mengukur kepanjangan setiap percambahan biji benih epigeal dan hipogeal yang bercambah.



   Radas, Alatan dan Bahan yang digunakan untuk melakukan eksperimen ini adalah:

Bikar 80 ml / Bekas Plastik


Biji Benih Kacang & Jagung


½ Bekas Peat Moss (Medium Percambahan)


    Kaedah Ujikaji

1.      Masukkan 60 ml peat moss ke dalam dua buah bikar atau bekas plastik. Tandakan bekas A ‘K4KT’ (Kumpulan 4 Kacang Tanah) untuk biji benih kacang tanah dan bagi bekas B iaitu biji benih jagung pula tandakan ‘K4J’ (Kumpulan 4 Jagung).


2.      Kemudian, masukkan 3 biji benih kacang tanah ke dalam bekas A dan bekas B. Seterusnya, kedua – dua bekas tersebut perlu dilembapkan dengan air paip setiap dua kali sehari.


3.      Akhir sekali, percambahan biji benih akan dipantau dan diambil bacaan setiap dua kali sehari sehingga hari yang kelima dan kemudian lukiskan gambar percambahan biji benih kacang tanah dan jagung selepas hari kelima.


               Keputusan:

HARI
KACANG TANAH
JAGUNG
    RADIKEL (CM)
    PLUMUL (CM)
     RADIKEL (CM)
      PLUMUL (CM)
1

2


0.3
3


0.7
4


1
3
5


4
2
25.5
15
   


   Berdasarkan analisis data diatas, percambahan biji benih epigeal iaitu kotiledon akan keluar dari tanah bersama-sama plumul. Contoh percambahan epigeal adalah daripada tumbuhan dikotiledon seperti kacang tanah. Manakala percambahan hipogeal, kotiledon akan kekal bawah tanah dan hanya plumul sahaja yang keluar dari tanah. Contoh percambahan hipogeal adalah daripada tumbuhan monokotiledon seperti pokok jagung. Oleh itu, percambahan biji benih hipogeal (jagung) akan bercambah dua kali lebih cepat jika dibandingkan dengan percambahan biji benih epigeal (kacang tanah) kerana ia mempunyai kulit biji (testa) yang lebih lembut dan mempunyai kotiledon yang akan kekal bawah tanah kerana ia dapat menyerap air yang lebih banyak yang merupakan sumber utama keperluan percambahan biji benih untuk menyimpan dan membekalkan makanan untuk biji benih bagi mempercepatkan percambahan biji benih.