Monday, May 27, 2019

LAPORAN MINGGU 9 : MENANAM SAYUR BERBUAH (31.03.2019 - 06.04.2019)

Assalamualaikum dan haiii

Pada minggu ini kami melakukan penanaman kali ke dua iaitu penanaman sayur berbuah. Kami telah diberi 4 jenis biji benih yang setiap batas perlu menanam sayuran yang berlainan.

Antaranya ialah:

  1. Terung
  2. petolla
  3. timun
  4. Babay tomato


kaedah penanaman sayur-sayuran berbuah 

  1. Sediakan tapak tanaman dan gemburkan tanah tersebut
  2. Selepas itu letak baja tahi ayam dan  sebatikan dengan NPK. biarkan selama seminggu.
  3. Seterusnya buat lubang  dan letakan 2 biji benih sayur sedalam 3 cm dan tutup biji benih tersebut dengan tanah.
  4. Susun pancang-pancang setinggi 1m menurut jarak untuk sayur-sayuran yang melilit. Contoh gambar dibawah.


Friday, May 24, 2019

LAPORAN MINGGU 14 : AMALI 3 (BAJA ORGANIK) [12.05.2019-18.05.2019]

Assalamualaikum,

Untuk minggu ini, kami menjalankan eksperimen pembuatan baja organik. Baja organik adalah sebatian baja yang mengandungi bahan-bahan semulajadi tanpa melibatkan campuran daripda bahan-bahan semulajadi tanpa melibatkan campuran daripada bahan-bahan kimia yang membahayakan.

Aktiviti amali yang dilakukan adalah terdiri daripada empat jenis baja organik iaitu FAA (Fish Amino Acid), FPJ (fermented Plant Juice) dan juga kulit telur(CaP). Eksperimen dijalankan kepada empat jenis bahan iaitu perut ikan, sayur, kulit pisang dan kulit telur. Pemerhatian dibuat setiap hari bagi megesan kehadiran gas dan warna pemeraman bagi keempat-empat jenis penyediaan baja organik tersebut.


Bahan yang diperlukan untuk menghasilkan baja organik


Proses Membuat baja organik
  1. FAA( Fish Amino Acid)
  • Antara bahan yang digunakan ialah gula merah, isi ikan, boyol plastik. Pertaam aekali ikan perlu dipotong kecil-kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi. Isi ikan yang telah siap dipotong, dicampurkan bersama gula merah yang telah dicairkan dan dimasukkan kedalam bekas. Campuran keduda-kedua bahan tersebut adalah pada nisbah 1.1. Bekas plastik perlu ditutup. Selepas 7 hari jus ditapis dan dicampurkan pada kadar 5ml ke dalam 5 liter 
      2. FPJ (Fermented Plant Juice)
  • Bahan-bahan yang digunakan adalah sisa sayur-sayuran yang dipotong kecil, gula merah, botol plastik. Sisa sayuran yang telah dipotong dicampurkan bersama gula merah yang telah dicairkan. Campurkan kedua bahan adlah pada kadar nisbah 1.1. Campuran dimasukkan ke dalam bekas dan ditutup. Selepas 7 hari, jus ditapis dan dicampurkan pada kadar 5ml ke dalam 1 liter air
       3. FFJ (Femented Fruit Juice)
  • Bahan yang digunakan adalah pisang yang telah dilenyek, gula merah, botol plastik. Pisang dipoting kecil kemudian dicampurkan bersama gula merah yang telah dicairkan. Campuran kedua bahan pada kadar nisbah 1.1. Campuran dimasukkan ke dalam bekas dan ditutup. 
        4. Kulit Telur (CaP)
  • Bahan yang digunakan adlah telur, cuka, botol plastik. Kulit telur dihancurkan kemudian dicampurkan dengan cuka pada kadar nisbah 1:5. Campuran kemudiannya dicampurkan ke dalam bekas dan ditutup .

Pemerhatian pada hari pertama

Kehadiran Bau:
Hamis, Hapak, Hangit, Hanyir, Hancing, Busuk, Tengik, Masam

 PEMERHATIAN




 ANALISIS
1.      Mengapakah botol/ bekas perlu ditutup
·         Untuk proses pemeraman
2.      Apakah unsur yang terdapat dalam
a.       FAA : Nitrogen
b.      FPJ   : Nitrogen
c.       FFJ   :Patassium
d.      CaP   : Phosporus
3.      Mengapakah gula merah digunakan dalam pembuatan baja organic
·         Gula merah digunakan untuk mempercepatkan aktiviti mikroorganisma
4.      Pemeraman manakah yang menghasilkan perubahan bau masam paling awal?
·         Pemeraman FAA (Fish Amino Acid) berubah warna paling cepat
5.      Pemeraman manakah yang berubah warna paling cepat?
·         Pemeraman FAA (Fish Amino Acid) berubah warna paling cepat
6.      Mengapakah cuka di gunakan dalam pemeraman CaP.
·         Cuka digunakan dalam pemeraman CaP supaya mempercepatkan proses  pemeraman.
7.      Buah epal tidak boleh digunakan untuk membuat baja FFJ. Bincangkan mengapa?
·         Kerana buah epal tidak sesuai digunakan untuk membuat baja .
8.      Ikan air tawar tidak sesuai digunakan untuk membuat baja FAA. Bincangkan mengapa?
·         Kerana ikan air tawar tidak mempunyai nutrien
9.      Adakah proses penampaian memerlukan cahaya? Terangkan jawapan anda
·         Proses penampaian tidak memerlukan cahaya kerana mikrorganisma boleh membiak walaupun pada tempat gelap
10.  Kesimpulan dan perbincangan hasil daripada FAA,FPJ,FFJ dan CaP
·         Secara kesimpulanya, penghasilan  baja FAA,FPJ,FFJ dan CaP menghasilkan perubahan bauan, mengeluarkan buih  dan warna dari sehari ke sehari. 


LAPORAN MINGGU 10 : MENCARI BULUH (07.04.2019 - 13.04.2019)

Assalamualaikun dan haiii😊

Pada minggu ini kami diarahkan mencari buluh di dusun untuk  membuat pancang untuk tanaman sayuran nanti.

Memberi penerangan tentang cara pancak pancang

Buluh yang telah dipilih untuk setiap batas 

Okey sedia bawa masuk ke ladang untuk melakukan pancang di batas masing-masing


Selepas balik dari Dusun kami diarahkan untuk membuat pembersihan setiap batas.

Sekian, terima kasih


LAPORAN MINGGU 12 : TUT / MARKOT (21.04.2019 - 27.04.2019)

Assalamualaikum dan haii semuaa...

Pada minggu ini kami telah melakukan amali tut. Tut merupakan salah satu kaedah pembiakan tumbuhan secara aseksual. Antara alat dan bahan yang diperlukan untuk membuat tut ialah:


  1. gunting
  2. tali rafia
  3. plastik
  4. penggalak akar
  5. Jiffy Peat Pellets



Sekiranya pelajar menggunakan jiffy pellets untuk membalut dahan yang telah dikikis, pelajar tidak perlu meletakkan akar pada kelaran itu. Sebaliknya, jika pelajar menggunakan peat moss, penggalak akar perlulah diletakkan.

  1. Pilih dahan yang sihat dan tidak dijangkiti  penyakit
  2. kelar keliling dahan dan ke bawa mengunakan pisau dengan jarak 3-5
  3. Kupas kuliy diantara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu
  4. sapukan keliling kelaran dahan tadi dengan hormon pengalak akar
  5. Tekupkan gempalan tanah tadi ke dalam dahan yang telah di sapu hormon
  6. kemudian, bungkuskan gempalan tadi dengan plastik
  7. pastikan balutan plastik menutupi kesemua gempalan tanah tadi dan ikat dengan tali
  8. Selepas 2-3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawah.
  9. Buang plastik pembungkus dan tanam


Sekian, terima kasih.





LAPORAN MINGGU 13 : BAJI (28.04.2019 - 04.05.2019)

Assalamualaikum hai semua, untuk minggu ini kami telah diarahkan untuk membuat proses pertumbuhan iaitu proses percantuman baji.🌹

Okay untuk  kali ini saya ingin berkongsikan kepada rakan- rakan saya mengenai cantuman baji.
Apa itu camtuman baji ye?  Untuk pengetahuan  kawan-kawan cantuman baji  ialah kaedah mencantumkan pokok daripada pokok asal/ induk/penanti untuk hasilakan pelbagai warna(bagi pokok bunga) atau dijadikan sebagai pokok tumpangan. Cantuman yang di lakukan bertujuan untuk mendapatkan warna yang berlainan daripada cantuman itu.

Okay untuk proses pembiakan secara cantuman memerlukan dua komponen penting iaitu penanti dan sion

    • Pokok Penanti - pokok yang sisitem akarnya digunakan untuk proses cantuman
    • Sion                 - bahagian pokok seperti mata tunas atau ranting yang akan dicantumkan                             dengan pokok penanti.
Pokok hiasan adalah pokok yang sesuai untuk dibuat cantuman baji

Untuk seterusnya saya akan menerangkan cara membuat cantuman baji antaranya:
  1. Langkah pertama pokok mestilah segar dan bebas dari penyakit.
  2. Pokok itu mestilah sama spesies.
  3. Untuk menghasilkan cantuman baji diameter batang atau rating sion dan penanti mestilah sama jika ia tidak sama penghasilan cantuman  itu tidak berjaya.
Bahan yang diperlukan.

  • Plastik
  • Parafilm
  • Tali
  • Pisau
  • Sekateur
  • Pokok  untuk penanti  dan sion
Langkah- langkah membuat cantuman baji
  1. Pilih pokok yang ingin menjadi penanti.
  2. Belahkan dalam (2-3cm) pada batang/ranting pada pokok penanti.


Penyediaan tunas pucuk
  1. Pilih pucuk yang sihat sebagai sion
  2. Runcingkan/serongkan berbentuk baji atau v, (2-3cm), bahagian pangkal pucuk yang diambil menggunakan pisau yang tajam.

Penyisipan pucuk ke pokok penanti
  1. Masukkan ranting sion yang runcingkan tadi kepada ranting yang dibelah dua pada pokok penanti tadi.
Kemasan
  1. Balutkan bahagian yang dibuat cantuman baji menggunakan parafilm sehingga kemas
  2. Sarungkan bahagian ranting yang dibuat cantuman baji itu menggunakan plastik sehingga menutupi bahagian balutan tersebut
  3. Kemudian ikat dengan kemas bahagia mulut plastik menggunakan tali rafia supaya ir tidak dapat masuk ke dalam plastik
cantuman penanti dan sion perlu dibalut dengan parafilm

pencantuman telah berlaku

perlu dibalut dengan plastik







LAPORAN MINGGU 11 : NUTRIPOT (14.04.2019 - 20.04.2019)

Assalamualaikum dan hai kita bertemu kembali pada minggu ke 11 ini😊


Pada minggu ke ini kami telah mempelajari satu kaedah  penanaman baru yang mungkin sebahagian orang tahu apa kaedah ini. Keadah ini sangat mudah dan cepat dalam proses menanam iaitu kaedah Nutripot,

Apa itu Nutripot?

Nutripot adalah keadah tanaman yang mudah untuk mengatasi masalah kekerapan menyiram tanaman. Kekurangan air akan menyebabkan kesan kepada kesuburan  tanaman dan bolleh menyebabkan proses pembesaranya terbantut.

Okay, jom kita pelajari cara membuat Nutripot ini, antara bahan yang diperlukan adalah seperti di bawa:

Botol Minyak

span

Spray hitam dan putih

Biji benih
Cocopeat

Cara melakukannya adalah seperti berikut.

1. Botol minyak itu mestilah dipotong menjadikan kepada 2 bahagian, selepas itu buatkan 4 lubang        bersaiz sederhana untuk memberi ruang pada span.

  

2. Selepas itu, botol disembur dengan spray  berwarna hitam dan putih, Pada bahagian atas botol dicat dengan menggunakan spray berwarna hitam bagi tujuan mengelakkan pencahayaan matahari  terus masuk dan pada bahagian bawah dengan warna putih untuk mengelakkan  pertumbuhan lumut. Seterusnya biarkan botol tersebut kering. 



3. Langkah seterusnya, selepas botol itu kering masukan span yang telah dipotong kedalam 4 lubang
bersaiz sederhana tadi. Span perlu dimasukkan ke  bahagian atas botol dan dijulurkan ke bahagian luar botol.

 4. Kemudian, masukkan  cocopeat pada bahagian atas botol sehingga penuh dan manpat, manakala bahagian bawah botol pula didisi  sebagai tempat pengaliran air sampai ke bahagian atas. Selepas itu cocopeat perlu dibasahkan supaya ia terus lembab dan perlu ditambahkan lagi cocopeat selepas dibasahkan.



5. Setelah itu, air dicampukan dengan 2 penutup kecil air mineral baja A kemudian kacau sehingga sebati dan kemudian masukkan 2 penutup kecil air mineral baja B.


6.Tindihkan sebahagian atas botol dengan bawah botol yang mengandungi air. Bahagian bawah botol akan mengalir ke bahagian atas air dengan span tersebut. Proses penyemaian biji benih sudah boleh dilakukan ke atas permukaan cocopeat tadi.


7. Langkah yang terakhir, letakkan nutripot tadi di kawasan yang redup dan yang ada percahayaan matahari. Dan pastikan air dan baja sentiasa cukup untuk proses pertumbuhan yang baik.



sekian, terima kasih😉

Saturday, May 4, 2019

LAPORAN MINGGU 8 : PROSES FISIOLOGI TUMBUHAN (24.03.2019 - 30.03.2019)

Assalamualaikum dan haiii🙆


Pada minggu ini merupakan minggu ke 9 ini adalah minggu cuti mid sem bagi kami dan kami ditugaskan untuk membuat video untuk mengajar dan menerangkan mengenai proses yang berlaku kepada tumbuhan dan mereka perlu menerangkan semula  apa yang mereka faham tentang proses yang telah diajar dengan jelas dan baik. Kami mempunyai  pilihan untuk di ajarkan konsep ini iaitu pilih ibu ayah,rakan-rakan dan orang awam.

dibawah  ini merupakan video setiap ahli kumpulan kami yang telah dihasilkan


NOR ASMAH BINTI ROZALI
A18PP3066
FOTOSINTESIS



NOR AFIQAH HAZIRA BINTI MOHAMAD FOZI
A18PP3075
TRANSLOKASI



LAPORAN MINGGU 7 : PENUAIAN DAN HASIL TANAMAN (17.03.2019 - 23.03.2019)

Assalamualaikum dan hai semua 😉

Pada minggu ini,kami diarahkan untuk membuat penuaian sayur yang telah mengeluarkan hasil dan tumbuh dengan sihat sangat.Walaupun ada sebahagian daun sayur yang berlubang-lubang kami tetap perlu lakukan penuaian dan menjualnya😊


Pada waktu pagi yang hening kami diarahkan untuk mencabut sayur dan menjual nya di kalangan staff di utm.
sayur yang tumbuh dengan segar
Proses menuaian bermula dengan agak sibuk.Kami telah diberikan tugas masing-masing antara tugasnya mencabut sayur, membasuh,membungkuskan dan menjual.
  1. Mencabut sayur di setiap batas
proses mencabut sayur perlu  berhati-hati kerana akan menyebabkan  akar sayur putus

Antara sayur yang selamat dicabut oleh rakan kami 
2. Proses Membersihkan sayur dari segala kotoran tanah
Rakan kami sedang membersihkan sayur dari segala kotoran tanah

berjemaah  membersihkan sayur agar dapat dihabiskan dengan cepat😁
3.Proses membungkus sayur untuk memudahkan penjualan

Selepas sayur dibasuh,pemeriksaan untuk kali ke 2 dilakukan di bahagian pembungkusan

pemilihan sayur dibuat bagi memudahkan proses packaging

timbang sayur mengikut gram yang telah ditentukan

packaging sayur

packaging sayur siap untuk dijual

Selapas penghabisan jualan sayur setiap batas perlu digemburkan semula tujuan penanaman biji benih buah.