Assalamualaikum dan hai kita bertemu kembali pada minggu ke 11 ini๐
Pada minggu ke ini kami telah mempelajari satu kaedah penanaman baru yang mungkin sebahagian orang tahu apa kaedah ini. Keadah ini sangat mudah dan cepat dalam proses menanam iaitu kaedah Nutripot,
Apa itu Nutripot?
Nutripot adalah keadah tanaman yang mudah untuk mengatasi masalah kekerapan menyiram tanaman. Kekurangan air akan menyebabkan kesan kepada kesuburan tanaman dan bolleh menyebabkan proses pembesaranya terbantut.
Okay, jom kita pelajari cara membuat Nutripot ini, antara bahan yang diperlukan adalah seperti di bawa:
Botol Minyak |
span |
Spray hitam dan putih |
Biji benih |
Cocopeat |
Cara melakukannya adalah seperti berikut.
1. Botol minyak itu mestilah dipotong menjadikan kepada 2 bahagian, selepas itu buatkan 4 lubang bersaiz sederhana untuk memberi ruang pada span.
2. Selepas itu, botol disembur dengan spray berwarna hitam dan putih, Pada bahagian atas botol dicat dengan menggunakan spray berwarna hitam bagi tujuan mengelakkan pencahayaan matahari terus masuk dan pada bahagian bawah dengan warna putih untuk mengelakkan pertumbuhan lumut. Seterusnya biarkan botol tersebut kering.
3. Langkah seterusnya, selepas botol itu kering masukan span yang telah dipotong kedalam 4 lubang
bersaiz sederhana tadi. Span perlu dimasukkan ke bahagian atas botol dan dijulurkan ke bahagian luar botol.
4. Kemudian, masukkan cocopeat pada bahagian atas botol sehingga penuh dan manpat, manakala bahagian bawah botol pula didisi sebagai tempat pengaliran air sampai ke bahagian atas. Selepas itu cocopeat perlu dibasahkan supaya ia terus lembab dan perlu ditambahkan lagi cocopeat selepas dibasahkan.
5. Setelah itu, air dicampukan dengan 2 penutup kecil air mineral baja A kemudian kacau sehingga sebati dan kemudian masukkan 2 penutup kecil air mineral baja B.
6.Tindihkan sebahagian atas botol dengan bawah botol yang mengandungi air. Bahagian bawah botol akan mengalir ke bahagian atas air dengan span tersebut. Proses penyemaian biji benih sudah boleh dilakukan ke atas permukaan cocopeat tadi.
7. Langkah yang terakhir, letakkan nutripot tadi di kawasan yang redup dan yang ada percahayaan matahari. Dan pastikan air dan baja sentiasa cukup untuk proses pertumbuhan yang baik.
sekian, terima kasih๐
0 comments:
Post a Comment