Friday, May 24, 2019

LAPORAN MINGGU 13 : BAJI (28.04.2019 - 04.05.2019)

Assalamualaikum hai semua, untuk minggu ini kami telah diarahkan untuk membuat proses pertumbuhan iaitu proses percantuman baji.🌹

Okay untuk  kali ini saya ingin berkongsikan kepada rakan- rakan saya mengenai cantuman baji.
Apa itu camtuman baji ye?  Untuk pengetahuan  kawan-kawan cantuman baji  ialah kaedah mencantumkan pokok daripada pokok asal/ induk/penanti untuk hasilakan pelbagai warna(bagi pokok bunga) atau dijadikan sebagai pokok tumpangan. Cantuman yang di lakukan bertujuan untuk mendapatkan warna yang berlainan daripada cantuman itu.

Okay untuk proses pembiakan secara cantuman memerlukan dua komponen penting iaitu penanti dan sion

    • Pokok Penanti - pokok yang sisitem akarnya digunakan untuk proses cantuman
    • Sion                 - bahagian pokok seperti mata tunas atau ranting yang akan dicantumkan                             dengan pokok penanti.
Pokok hiasan adalah pokok yang sesuai untuk dibuat cantuman baji

Untuk seterusnya saya akan menerangkan cara membuat cantuman baji antaranya:
  1. Langkah pertama pokok mestilah segar dan bebas dari penyakit.
  2. Pokok itu mestilah sama spesies.
  3. Untuk menghasilkan cantuman baji diameter batang atau rating sion dan penanti mestilah sama jika ia tidak sama penghasilan cantuman  itu tidak berjaya.
Bahan yang diperlukan.

  • Plastik
  • Parafilm
  • Tali
  • Pisau
  • Sekateur
  • Pokok  untuk penanti  dan sion
Langkah- langkah membuat cantuman baji
  1. Pilih pokok yang ingin menjadi penanti.
  2. Belahkan dalam (2-3cm) pada batang/ranting pada pokok penanti.


Penyediaan tunas pucuk
  1. Pilih pucuk yang sihat sebagai sion
  2. Runcingkan/serongkan berbentuk baji atau v, (2-3cm), bahagian pangkal pucuk yang diambil menggunakan pisau yang tajam.

Penyisipan pucuk ke pokok penanti
  1. Masukkan ranting sion yang runcingkan tadi kepada ranting yang dibelah dua pada pokok penanti tadi.
Kemasan
  1. Balutkan bahagian yang dibuat cantuman baji menggunakan parafilm sehingga kemas
  2. Sarungkan bahagian ranting yang dibuat cantuman baji itu menggunakan plastik sehingga menutupi bahagian balutan tersebut
  3. Kemudian ikat dengan kemas bahagia mulut plastik menggunakan tali rafia supaya ir tidak dapat masuk ke dalam plastik
cantuman penanti dan sion perlu dibalut dengan parafilm

pencantuman telah berlaku

perlu dibalut dengan plastik







0 comments:

Post a Comment